Sunday, November 13, 2011

ღ ✫ (\_(\ ::: ::::: ❤ ✪ (=’ :’)✩ ::: ::: ☀✱ ☾,(”)(”)°.¸¸.•´¯`»★ WarkaH BuaT AdaM ★

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan.
kaum ku lebih ramai bilangan nya dari kaum mu di akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan_Nya.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik ku.
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku & Tuhanmu.

Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
Aku adalah ‘pengikut-pengikutmu’
Kerana kau adalah ketua.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah...

No comments:

Post a Comment