Friday, November 18, 2011

hasil nurkilan Cik Tin~cerpen pendek~(Ikatan Kasih)

Kelihatan Damia sedang menanti kawan sepejabatnya di sebuah cafe sambil menghirup secawan coklat panas. Penat yang terasa belum hilang membuatkan Damia mengeluh kecil. Perjalanan pulang dari kampung ke KL menyebabkan Damia ingin cepat pulang kerumahnya untuk berehat. Dari kejauhan kelihatan Suhani sedang tersenyum sambil menuju kearahnya. Damia membalas senyuman kawannya itu. Sambil menungu pesanan minumannya, suhani terus mengajukan pelbagai soalan kepada Damia, apa yang menyebabkan tiba-tiba Damia pulang ke kampung selama empat hari tanpa memberitahunya. Damia tersenyum kecil dan mula bercerita...
            Fikirannya melayang kepada peristiwa lapan tahun lalu, ketika dia mula mengenali Fakrul. Sejak lapan tahun yang lalu dia mula mengenali erti  sesebuah perhubungan yang telah menjadikan dirinya semakin matang dalam menjalani kehidupan. Damia mengimbas kembali bagaimana kali pertama dia bertemu dengan Fakrul semasa suai kenal pelajar-pelajar baru di Universiti Utara Malaysia. Fakrul sebagai salah seorang fasilitator yang mengendalikan pelajar-pelajar baru termasuknya. Satu persatu kenangan tersebut bermain di mindanya. Sejak dari suai kenal tersebut hubungan mereka semakin hari semakin rapat sehinggakan ada yang memberi gelaran kepada mereka sebagai pasangan kekasih. Tetapi bagi Damia, dia tetap dengan prinsipnya iaitu mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa Fakrul memang baik dan selalu mengambil berat terhadapnya. Hubungan mereka diibaratkan sebagai teman tapi mesra.
Kini, Damia sudah berada di semesta tiga dan Fakrul berada disemesta kelima namun perhubungan mereka tetap mesra tanpa sebarang masalah. Suatu petang yang damai, Fakrul telah mengajak Damia berjalan-jalan ke taman tasik. Disitu Fakrul telah meluahkan perasaannya terhadap Damia. Damia terkejut dan tidak menyangka yang Fakrul menaruh hati terhadapnya. Damia meminta Fakrul memberi masa untuk dia berfikir. Fakrul menghormati keputusannya. Sejak Fakrul meluahkan isi hatinya, mereka tidak berjumpa selama seminggu. Damia telah membuat keputusan untuk menerima Fakrul lalu cuba menghubungi telefon Fakrul tetapi rupa-rupanya nombor tersebut tiada dalam talian lagi. Damia berasa pelik namun dia menafikannya dengan membuat andaian mungkin telefon fakrul kehabisan bateri.  Semasa hendak ke kelas Fakrul, Damia terserempak Hafiz iaitu kawan sebilik Fakrul. Damia terus menanyakan dimana Fakrul berada. Hafiz  dengan berat hati memberitahu Damia bahawa Fakrul telah berhenti belajar dan berpindah tanpa memberitahu sebabnya. Damia terkejut dan kecewa, kenapa Fakrul membuatnya begini, kenapa Fakrul meninggalkannya tanpa sebarang berita. Hubungan mereka terputus dengan tiba-tiba tanpa bicara dari hati ke hati sehinggalah Damia berjaya menjawat jawatan sebagai eksekutif pemasaran di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur.
            Damia mengimbas kembali apa yang telah berlaku selama empat hari lepas ketika dia berada di kampungnya. Ketika Damia membuat kerja di pejabat, tiba-tiba telefon Damia berdering lalu dia menjawab apabila nama Tiara tertera di skin telefonnya. Terdetik di hati Damia kenapa adiknya itu tiba-tiba menyuruh dia pulang ke kampung tanpa memberitahu sebabnya. Pada mulanya, Damia enggan pulang ke kampung kerana keretanya mengalami kerosakkan tetapi atas desakkan  berkali-kali oleh Tiara maka dia terpaksa pulang dengan menaiki bas. Semasa perjalanan pulang, Damia merasa ada seseorang yang sedang memerhatikan gerak-gerinya dan membuatkan dia merasa tidak selesa. Dia tidak menghiraukan lelaki tersebut sehingga sampai ke destinasi. Semasa Damia ingin mengambil beg, tiba-tiba tanpa disengaja tangannya tersentuh dengan tangan lelaki itu yang juga ingin mengambil beg dan lelaki itu hanya tersenyum sambil memandangnya. Damia tersipu malu atas ketidak sengajaannya lantas terus turun dari bas tanpa menghiraukan lelaki tersebut. Kelihatan dari jauh ayahnya sedang menunggu Damia.
            Apabila tiba di rumah, Damia dikejutkan dengan berita tentang pertunangan Tiara yang akan berlangsung dalam masa terdekat ini. Damia tertanya-tanya siapakah bakal tunang adiknya itu namun akan terjawab pada makan malam di rumahnya. Disebabkan keletihan Damia tidak menghiraukan persoalan yang bermain di fikirannya. Malam yang dinanti-nanti untuk memperkenalkan bakal tunang Tiara sudah terjawab, apabila terpandangkan wajah seorang lelaki yang sudah dikenali beberapa tahun yang lalu. Alangkah terkejutnya Damia bahawa lelaki tersebut ialah Fakrul iaitu seorang lelaki yang pernah juga menaruh perasaan terhadapnya. Lelaki itu jugalah yang memainkan perasaan dan meninggalkannya tanpa bicara dari hati ke hati. Kelihatan Fakrul jugak terkejut apabila mendapat tahu bahawa Damia adalah kakak kepada bakal tunangnya iaitu Tiara. Fakrul dan Damia saling bertentangan mata, tingkah laku mereka berdua membuatkan diri Tiara merasa ada sesuatu yang tidak kena namun dia tidak mengendahkan mainan perasaan yang bergolak di hatinya.
            Tanpa diduga Fakrul telah membuat keputusan untuk berjumpa Damia bagi menyelesaikan masalah antara mereka berdua. Pada mulanya Damia merasa serba salah namun, apabila difikirkan semula persoalan yang selalu bermain difikirannya, persoalan itu akan terjawab apabila dia berjumpa dengan Fakrul. Semasa pertemuan itu Fakrul telah menjelaskan mengapa dia menghilangkan diri selama ini. Fakrul menjelaskan bahawa dia terpaksa berhenti kuliah dan berpindah di sebabkan kesempitan hidup yang dialaminya lapan tahun lepas. Fakrul jugak tidak langsung menghubungi Damia kerana malu jika Damia mengetahui keadaan sebenar hidupnya. Dikesempatan itu jugak, Fakrul meminta maaf di atas apa yang telah berlaku selama ini.
            Semasa mereka sedang berbincang, Sofea iaitu kawan kepada Tiara telah ternampak Damia dan Fakrul sedang berbincang sesuatu. Kelihatan perbincangan mereka agak serius lalu Sofea terus menghubungi Tiara untuk memberitahu yang dia telah terserempak Damia dan Fakrul. Namun, Tiara berfikiran positif menganggap pertemuan mereka berdua adalah secara kebetulan sahaja. Apabila Damia pulang dari berjumpa Fakrul, Tiara terus  bertanya dari manakah kakaknya itu. Damia hanya memberitahu yang dia hanya berjumpa dengan seorang kawan sahaja tanpa memberitahu Tiara perkara yang sebenarnya. Tiara berasa semakin pelik dan tertanya-tanya kenapa kakaknya itu merahsiakan perjumpaan mereka darinya. Belum sempat Tiara ingin bertanya lagi kelihan Damia terus meluru masuk ke bilik untuk berehat. Tiara membiarkan sahaja persoalan yang bermain di mindannya itu.
            Pada keesokannya, Tiara mempunyai temu janji dengan bakal tunangnya Fakrul. Tiara ingin kelihatan cantik apabila berjumpa dengan Fakrul dan ingin memakai baju yang baru dibelinya. Apabila terpakai baju itu dia perasan bahawa baju yang dipakainya tidak mempunyai tudung yang sesuai dengan bajunya lalu tanpa pengetahuan Damia, tiara terus kebilik kakaknya untuk mencari  tudung yang boleh dipadankan dengan baju tersebut. Semasa Tiara tercari-cari tudung yang dia inginkan, tiba-tiba Tiara terpandang sebuah kotak kecil di sebalik pakaian kakaknya. Kotak itu menarik hati Tiara untuk melihat apa yang ada dalamnya lalu membuka kotak tersebut. Tiara terpandang di dalam kotak itu ada beberapa keping kad dan gambar. Alangkah terkejutnya Tiara apabila dia membaca semua kad itu datangnya dari Fakrul. Mula-mula Tiara tidak mempercayai apa yang dibacanya tetapi apabila dia melihat gambar-gambar mereka berdua yang kelihatan mesra, Tiara terus menangis dan berasa amat marah kerana selama ini dia merasa tertipu. Persoalan yang bermain dimindanya selama ini terjawab apabila dia mengetahui bahawa kakaknya pernah ada hubungan dengan Fakrul.
            Semasa ingin keluar dari bilik itu, Tiara  terkejut apabila dibelakangnya kelihatan Damia sedang memerhati gerak-geri adiknya itu. Belum sempat Damia ingin menjelaskan perkara yang sebenar, pipi Damia telah ditampar oleh Tiara. Damia terkejut dengan tindakan adiknya itu, lalu tanpa merasa bersalah Tiara terus meluru keluar dari bilik tersebut dan berlari keluar dari rumahnya. Damia kaget dengan apa yang berlaku dan terus menghubungi Fakrul dan memberitahu apa yang terjadi. Dengan tergesa-gesa Damia terus pergi mencari ke mana Tiara pergi. Damia kuatir jika Tiara melakukan sesuatu diluar jangkaannya tanpa mengetahui perkara yang sebernanya. Tanpa melengahkan masa Damia terus mencari Tiara di mana dia selalu berada jika dia sering mempunyai masalah dan tempat yang sering adiknya itu tenangkan fikiran. Tekaan Damia tidak silap apabila dari kejauhan dia terpandang Tiara kelihan sedang menangis di sebuah bangku di taman tasik tersebut.
            Damia terus meluru ke arah adiknya itu lalu meminta Tiara supaya bertenang dan memberi masa untuk dia menjelaskan segala-galanya. Sebelum Damia mulai bercerita, tiba-tiba kelibat Fakrul muncul dan bersedia untuk mencerita segalanya. Maka Damia dan Fakrul telah menceritakan apa yang berlaku dari awal perkenalan mereka sehingga berjumpa semula. Damia memberitahu adiknya bahawa dia hanya menganggap Fakrul hanya sebagai teman sahaja dan tambahan pula Fakrul jugak akan menjadi bakal tunang adiknya. Dalam waktu yang sama Fakrul juga menjelaskan bahawa hanya Tiara yang dia cintai sekarang. Tiara dengan rasa bersalah terus meluru kearah Damia dan memeluk kakaknya itu lalu meminta maaf dengan apa yang dia telah lakukan terhadap kakaknya itu. Sekarang barulah Tiara mengetahui kenapa kakaknya dan Fakrul menyimpan rahsia tersebut daripadanya supaya hubungan Tiara dan Fakrul tidak berantakkan dan kakaknya jugak tidak mahu Tiara salah anggap dalam perhubungan antara mereka berdua.
            Kini, hati Damia lega apabila terpandangkan wajah adiknya berseri-seri dan nampak anggun dengan baju yang dipakai oleh Tiara pada hari pertunangan mereka hari ini. Kelihatan Fakrul jugak segak dengan baju teluk belanga yang dipakainya. Alhamdulillah, Damia gembira segala-galanya telah selesai dan berdoa agar adiknya bahagia disamping Fakrul. Bagi Damia benda yang berlalu biarlah berlalu dan biarlah ia tinggal kenangan. Setelah selesai majlis pertunagan adiknya itu. Damia terpaksa pulang ke KL pada petang itu juga kerana teringatkan kerja yang masih dia belum siapkan lagi. Semasa dalam bas, sekali lagi dia terserempak dengan lelaki yang sama dan kebetulan juga menaiki bas yang sama. Lelaki tersebut tersenyum mesra kepadanya, Damia membalas senyuman lelaki itu. Mereka duduk bersebelahan dan saling berkenalan. Ceritanya berakhir dengan pelukan mesra daripada Suhani. Suhani tersenyum dan kagum dengan sikap Damia yang berfikiran positif dan berjaya menyelesaikan masalah dengan adiknya dan perhubungannya dengan Fakrul. Kini, Damia benar-benar tahu akan perasaannya terhadap Fakrul lapan tahu lepas hanya permainan perasaannya semata-mata. Damia berharap yang suatu hari nanti dia akan berjumpa dengan seseorang lelaki yang boleh mencintainya dengan sepenuh hati..tiba-tiba terlintas di mindanya tentang lelaki yang baru dikenalinya petang tadi membuatkan Damia tersenyum bahagia..

1 comment:

  1. bagus la jalan cerita dia..
    bole jadi novelis nie cik tin..
    terozkan berkarya yea..
    hihihi...

    ReplyDelete